Penapis Seramik yang telah kotor perlu dibersihkan.
Kekerapan pembersihan adalah bergantung kepada kualiti air di kediaman
masing-masing sekiranya air agak keruh penapis seramik perlu dibersihkan setiap
3 hari dan sekiranya kualiti air agak baik, penapis seramik boleh dibersihkan 1
minggu sekali.
* kualiti air yang kotor
Cara-cara Membersihkan Penapis
Seramik
1.Cabut penyambung saluran di atas dan di bawah dengan
menekan pada hujung penyambung dan menarik keluar saluran.
2.Sila keluarkan penapis seramik daripada pemegang dan buka penutup
dengan putarkan ke arah jam.
3.Penapis seramik dikeluarkan dengan berhati-hati. Pastikan
tidak terjatuh kerana penapis seramik akan mudah retak/pecah. Seterusnya
bersihkan penapis seramik menggunakan
span secara perlahan-lahan dengan cara memberus sehala dari atas ke bawah
sehingga menjadi bersih.
4.Masukkan semula penapis seramik ke dalam bekas dan tutup
penutup dengan memutar ke arah lawan jam.
5.Masukkan penapis seramik ke tempatnya dan sambung semula penyambung
di atas dan di bawah. Sila pastikan sambungan adalah ketat dan kemas.
Untuk pembersihan penapis seramik yang lebih mudah dan berkesan, pengguna
digalakkan menggunakan span hijau . Boleh didapati di kedai runcit berhampiran.
* tiada scotch brite jenama lain pun boleh
Perbezaan Sebelum Dan Selepas
* perlu dibersihkan dengan berhati - hati