Ahad, 24 Ogos 2014

MEMBERSIHKAN PENAPIS SERAMIK


Penapis Seramik yang telah kotor perlu dibersihkan. Kekerapan pembersihan adalah bergantung kepada kualiti air di kediaman masing-masing sekiranya air agak keruh penapis seramik perlu dibersihkan setiap 3 hari dan sekiranya kualiti air agak baik, penapis seramik boleh dibersihkan 1 minggu sekali.

* kualiti air yang kotor

Cara-cara Membersihkan Penapis Seramik

1.Cabut penyambung saluran di atas dan di bawah dengan menekan pada hujung penyambung dan menarik keluar saluran.

2.Sila keluarkan penapis seramik daripada pemegang dan buka penutup dengan putarkan ke arah jam.

3.Penapis seramik dikeluarkan dengan berhati-hati. Pastikan tidak terjatuh kerana penapis seramik akan mudah retak/pecah. Seterusnya bersihkan penapis seramik  menggunakan span secara perlahan-lahan dengan cara memberus sehala dari atas ke bawah sehingga menjadi bersih.

4.Masukkan semula penapis seramik ke dalam bekas dan tutup penutup dengan memutar ke arah lawan jam.

5.Masukkan penapis seramik ke tempatnya dan sambung semula penyambung di atas dan di bawah. Sila pastikan sambungan adalah ketat dan kemas.


Untuk pembersihan penapis seramik  yang lebih mudah dan berkesan, pengguna digalakkan menggunakan span hijau .  Boleh didapati di kedai runcit berhampiran.


* tiada scotch brite jenama lain pun boleh

Perbezaan Sebelum Dan Selepas

* perlu dibersihkan dengan berhati - hati

2 ulasan: